Saturday, December 31, 2011

kenapakah??


                                               mengapa ini agaknyer ek??korang rse??

Cara Awang Itam menipu 1 Billion Duit Dari Malaysia

Gambar lelaki berkulit putih, lazimnya digunakan untuk mengelirukan mangsa bakal ditipu turut ditemui.






Modus operandi mereka terbabit dalam kegiatan penipuan melalui internet tidak sukar dikesan jika pembaca mengetahui maklumat lengkap.




Warga Nigeria, barangkali tinggal di Kepong, Puchong atau Cheras, menyamar menggunakan identiti serta ikon lelaki warga Eropah di laman sosial seperti Facebook. Bakal mangsa kemudian ditaburkan dengan kata-kata dan janji manis bergantung kepada jantina.
Jika bakal mangsa itu wanita, lelaki Nigeria menyamar lelaki kacak dan bergaya.




Kerapkali setelah mangsa tergoda, suspek mendakwa berhasrat menghantar bungkusan mengandungi barangan bernilai seperti wang tunai dan peralatan elektronik.




Mereka kemudian memaklumkan mangsa melalui panggilan telefon kononnya bungkusan terbabit dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia atau diminta untuk melunaskan bayaran penghantaran bungkusan terbabit mencecah ribuan atau jutaan ringgit.




Pembayaran dibuat menggunakan akaun peribadi dimiliki oleh rakyat tempatan bersekongkol dengan suspek. Sebaik wang dituntut didepositkan dan mencukupi bagi mereka, semua suspek lenyap bersama janji manis sejak perkenalan bermula.




Justeru tidak hairan jika suspek hidup mewah manakala mangsa ditinggalkan papa kedana. Mangsa bukan sahaja kerugian wang tetapi berkesudahan dengan tubuh diratah puas oleh lelaki kononnya mencintai mereka.
Untuk rekod, tahun lalu, rakyat Malaysia dilaporkan kerugian lebih 1 bilion ringgit akibat diperdaya oleh sebilangan warga Afrika.




Dalam operasi semalam sejumlah wang dipercayai palsu dijumpai di rumah terbabit dan suspek juga didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah.


Mereka direman untuk melengkapkan siasatan.


Kepada semua pegawai dan anggota polis JSJK, usah sesekali berasa jemu melaksanakan tugasan dihujani dengan pelbagai cabaran getir kerana khidmat mulia itu, InsyaAllah mendapat balasan setimpal dari Allah.


Kepada semua rakan Facebook dan pembaca blog, mohon sebarkan kandungan entri ini supaya kita bersama mampu untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman di kalangan wanita warga Malaysia agar mereka tidak terus diperangkap dan diper****hkan oleh lelaki warga Nigeria.


realiti atau fantasi,hanya ALLAH saja yng tahu..

Osbon juara MLM

pix_middle

SHAH ALAM: Tuah 2012 nampaknya menyebelahi Osbon yang membawa pulang RM350,000 dan trofi selepas mengetepikan tiga kumpulan lain pada final Maharaja Lawak Mega terbitan Astro, di sini, tengah malam tadi.
Osbon yang dianggotai Mr Os dan Sharizah Ahmad (Abon) mengetepikan cabaran Boboi yang meraih RM250,000 dan Saehu dari indonesia (ketiga-RM50,000) manakala Syok menduduki tangga keempat.